::Wallahi Watallahi Wabillahi::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

:: Here is my journey! ::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Thursday, March 31, 2011

:::Chapter 12 :bila result keluar...begitulah...:::

Assalamualaikum...hari isnin lepas result musculoskeletal block keluar! sebelum tu, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para keluarga baginda,para sahabat, para tabii dan tabiin yg setia menegakkan kalimah Allah sehingga sampai ke kita semua hari ni. ALhamdulillah. Nikmat islam masih Allah kurniakan buat insan yg alpa ni.

Alhamdulillah. Lulus! dahi berkerut lagi walaupun dah lulus.

[A+ bukan gred sebenar :)]






adakah ini rezeki Allah atau ujian Allah? rasa syukur teramat kepada Illahi. cuma tidak boleh terlalu berduka dan tidak boleh terlalu gembira. ujian Allah ada berbagai jenis. salah satunya, Lulus exam. mungkin ada hambaNya terus lupa akan nikmat Allah dan tidak bersyukur dan timbullah encik riak dan puan bangga dalam diri. takut beranak pinak pulak dalam hati yang sememangnya bukan kotor tetapi tidak jernih ni nanti. Nauzubillah...takut pulak 'anak' encik riak dan puan bangga ni dpt pHD pulak, terus ada perasaan hasad dengki dengan kejayaan orang lain di muka hari. nauzubillah.

“Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157 )

Lantas, hati berdoa, Ya Allah, jika ini rezeki dariMU, terima kasih Allah...sesungguhnya semua ini dtg dariMU segalanya.

Namun, jika ini ujian buat diriku, maka, aku redha Ya Allah. ..

"Apakah manusia menganggap bahawa mereka dibiarkan sahaja berkata : Kami beriman, sedang mereka belum diuji? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta "[ Al-Ankabut : 2-3]

selalunya lepas keluar exam, lumrah buat diri yg alpa nikmat Allah ni untuk telefon ibu tersyg. tak lagi sujud syukur dengan YANG PALING SAYANG DENGAN KITA,dah
telefon ibu. cepatnya alpa.

cuma exam kali ni agak tidak sama dengan sebelumnya. saya ambil masa 3 hari untuk bagitau ibu saya lulus exam. kenapa? why? wei se me?

ying wei, wo xiang Allah [because I think of Allah]

baik buat sujud syukur dulu, baik muhasabah diri dulu. jika bukan rahmat, maka ini ujian. tanda Allah nak uji tahap keimanan. yg penting, usaha. tawakkal...yg lain2, urusan Allah....terima baik buruknya dgn redha....[berckp pointing to myself at the first place]

[usaha tak cukup tanpa tawakal kpd Allah! ingat tu!]

*peringatan buat rakan2 yang dikenali atau tidak pernah dikenali. yes.. being a medical student, we have to learn a lot of things! tapi, kalau tengok dari hidden aspect, besarnya kuasa Allah. ni baru part badan manusia yg kerdil ni kita belajar dah rasa nak muntah hijau ke kuning ke..sebab banyak sangat. YUCKS! tapi, cuba tgok keluar. subhanallah. besar lagi rupanya kuasa Allah ni. Khazanah Allah tgok langit, bintang, semualah. subhanallah. rasa sikit je apa kita belajar.








kalau tgok balik muscles kita ni. setiap muscle ada fungsi sendiri. belum lagi bab penyakitnya. Cancer cells...apa lagi. you name it, please...memang tak kan dapat terhitung.

I bet maybe some readers would think that why should I post this? That's typical life as a student. mesti ade yg membebel, "ala..keluar result exam je KOT...."

Answer: Sebab saya takde FACEBOOK, TWITTER, MYSPACE [ni lagi la ntah ape2]...dan banyak lagi la yang sebegitu. I'm not good in anything like that, and initially, I refused to have my own blog. I have my own reason. well! [if you ever read my previous previous post, you will know why I am making a blog.. and surely, I make a full use of this blog. ]. post kali ni rojak sikit. cakap melayu+ ckp omputeh + ckp cina sikit2 = hrp sabo je le ye para pembaca. [biasalah syndrome org baru lepas keluar result . hormone tak cukup balance lagi...



Wallahuallam

2 comments:

  1. Tahniah atas lulusnya exam!

    Setiap rezeki, juga adalah ujian dari Allah. Ujian samada rezeki itu disyukuri atau tidak.

    Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku". [89:15]

    Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku" [89:16]

    Sikap mencermin setiap yang berlaku pada diri dan mengembalikan segalanya kepada Allah, itulah taqwa.

    Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab r.a. tentang Taqwa. Lalu Ubay menjawab (dengan bertanya soalan):,"Pernahkah engkau lalu di jalan yang banyak duri?" Umar menjawab, "Sudah tentu!" Ubay bertanya, "Justeru apa yang engkau lakukan?" Umar menjawab, "Aku akan mengangkat sedikit kainku dan aku akan melangkah dengan berhati-hati." Ubay berkata, "Itulah yang dimaksudkan dengan Taqwa"

    Moga tsabat dengan sikap berhati-hati ini sehingga bila-bila :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih hamba Allah, Hafidz. cuma memang sukar nak pertahankan sikap sebegini. bila dah bergelak dgn teman2 , gembira ....mula rasa senang dan sentiasa akan senang padahal tak...

    sudah merasa amankah kamu bahawa Dia di langit tidak mengirimkan badai yg berbatu kpdmu?namun kelak kamu akan mengetahui bagaimana akibat mereka yg mendustakan peringatanKu [Al-Mulk : 17]

    Atau siapakah yg dpt memberimu rezeki jika Dia menahan rezekiNya?Bahkan mereka terus menerus dlm kesombongan dan menjauhkan diri dari kebenaran [Al-Mulk : 21]

    ada di sini sahabat yg repeat year, tp sangat kuat. mungkin kalau saya, tak sekuat tu. bkn saya mintak kegagalan tu, bahkan memang saya akui saya kecewa kalau saya gagal sbb saya belajar mengenai ciptaan Allah, kalau gagal, bermaksud saya tak bersungguh menuntut ilmu. betul tak? tp saya mesti sentiasa bersedia utk itu sbb itukan ujian Allah.

    masyaAllah

    ReplyDelete